Monday, January 2, 2012

senarai semak barang yang perlu dibawa ke hospital

Salam, sekarang dah masuk 7 bulankan orang tetua cakap dah boleh prepare barang-barang sebab sekarang bila-bila masa baby dah boleh keluar...owh x mo x mo kuar lagi ye baby cayang, baru 7 bulan umi belum puas menikmati karate dalam perut dan belum puas mengendong baby kesana kemari.

Senarai keperluan bayi di hospital
* 2 helai tuala mandi
* 2 helai selimut
* Pampers saiz NB
* 2 pin besar
* 4 helai seluar kalis air
* 4 helai baju / baju sejuk
* 4 pasang seluar panjang
* 4 pasang sarung kaki dan sarung tangan

Senarai keperluan ibu di hospital
* 1 helai tuala mandi
* 1 helai tuala muka
* 20 keping tuala wanita bersalin (dengan gelung) dan tali
* 3 helai baju tidur (boleh dibuka di bahagian hadapan, memudahkan untuk menyusu bayi)
* 1 helai pakaian biasa
* 2 pasang stokin
* 1 pasang selipar
* 3 helai coli khas untuk menyusu
* 2 pasang pelapik coli
* 5 helai seluar dalam pakai buang
* sikat
* berus gigi dan ubat gigi
* barang-barang mandian / kosmetik (bedak,sabun dll)
* pakaian untuk pulang ke rumah
* bahan bacaan
* susu sesuai untuk ibu menyusu seperti ANMUM 2

Senarai yang perlu dibawa oleh bapa
* surat rujukan doktor
* kad pengenalan anda
* kad pengenalan suami anda
* GL

2 comments:

  1. ta, bersalin kat mana ta? moga selamat semuanya.

    ReplyDelete
  2. lambat lagi la ma hehehe..spital kerajaan kot x pasti lg

    ReplyDelete